Header Ads

Didakwa Ke Kelab Malam Pada Bulan Ramadan,Ini Dia Respon Eyka Farhana.


Pada bulan ramadan pastinya ramai orang mengambil peluang mengumpul pahala menunaikan fardu terawih salah satu dari menambah pehala.Pelakon Eyka Farhana menafikan bahawa dia berhibur ke kelab malam pada bulan Ramadan selepas memuat naik gambar beberapa hari yang lalu.

Menurutnya gambar tersenut dirakam ketika menjalani penggambaran sebuah drama.Pelakon filem Polis Evo ini berkata demikian selepas foto yang dimuat naik di Instagram miliknya menerima kecaman netizen apabila disangka berkunjung ke kelab malam.


"Saya tidak pergi kelab malam pada bulan Ramadan, saya tidak seteruk itu.

"Ia hanya penggambaran sebuah drama, ada babak berhibur di kelab malam. Namun pihak produksi pun tidak ke kelab malam sebenar, mereka hanya buat mock up set seperti dalam sebuah kelab sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

"Saya ada hastag nama watak dan drama tapi mungkin sebab saya tidak jelaskan di kapsyen membuatkan netizen salah tafsir,Seronok dapat berlakon Khir Rahman kerana dia banyak beri tunjuk ajar dan selama ini pun saya memang minat melihat lakonannya yang bersahaja"ujarnya.






Sumber : mStar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a