Header Ads

Fungsi Dan Peranan Peguam Negara Yang Korang Kena Tahu



4 Jun : Seperti umum mengetahui bahawa baru-baru ini sedang hangat diperkatakan tentang pelantikan Peguam Negara. 

Jadi bagi korang yang tidak tahu fungsi dan peranan peguam negara Malaysia maka hari ini KS akan kongsikan Fungsi dan Peranan dan Peguam Negara.

1. Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang undang-undang antarabangsa dan syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

2. Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.

3.Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.

4.Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.

5.Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.

6.Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang.

Perkara ini termaktub dibawah  Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.P eguam Negara Malaysia ialah penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan Malaysia. Peranan dan tanggungjawab

1.Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri Malaysia, melantik seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan .

2. Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

3. Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

3(1) Undang-undang persekutuan boleh memberi Peguam Negara kuasa untuk menentukan mahkamah yang di dalamnya atau tempat apa-apa prosiding yang dia mempunyai kuasa untuk memulakannya di bawah Fasal(3) itu hendaklah dimulakan atau mahkamah yang kepadanya prosiding itu hendaklah dipindahkan.

4. Pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu.

5. Tertakluk kepada Fasal (6), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

6. Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini dan tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Sunber: Perlembagaan Persekutuan

No comments

Powered by Blogger.
a