Header Ads

Gara Makan Rendang Banyak Di Hari Raya, Nabila Razali Masuk Hospital??


Penyanyi Nabila Razali dimasukan ke Pusat Perubatan Tawakal di sini pada malam tadi akibat keracunan makanan.

Pengurusnya, dikenali Ash, berkata, penyanyi lagu Pematah Hati itu mengadu sakit perut dan lemah sejak dua hari lalu.

“Nabila mengadu sakit perut sejak dua hari lalu dan keadaannya menjadi semakin teruk petang semalam.

“Pada mulanya disangka sakit perut biasa tetapi setelah membuat pemeriksaan doktor mendapati Nabila keracunan makanan dan mengalami dehidrasi lalu dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 26, terpaksa menangguhkan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang baru disambung semula selepas cuti hari raya.

Tambah Ash, sehingga kini pihaknya tidak dimaklumkan perkembangan terbaharu kesihatan penyanyi itu.



“Pihak hospital belum maklumkan perkembangan kesihatannya dan tidak tahu bila akan Nabila akan dibenarkan keluar.”

“Selain penggambaran ada juga beberapa undangan persembahan hujung minggu ini, apa-apa pun sama-sama kita doakan kesihatannya kembali seperti biasa ,” katanya. - K! ONLINE.

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a