Header Ads

Ini Dia Koleksi Beg Tangan Paling Popular Yang Buat Ramai Wanita Tergila-Gila.


Sedar atau tidak, beg tangan sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyerlahkan atau mencacatkan keseluruhan penampilan anda terutamanya mereka yang bergelar wanita.

Ini merupakan aksesori yang menjadi ‘simbol status’ dan rujukan kepada jawatan, dan personaliti anda secara tidak langsung. Dengan perkembangan media sosial hari ini, agak sukar sekali hendak mendapatkan seorang wanita yang tidak mempunyai beg tangan di sampingnya. Ia seolah merupakan perkara yang wajib bagi seorang wanita untuk mempunyai beg tangan agar mudah untuk menyimpan barang dalam satu tempat disamping penampilan akan nampak lebih kemas dan berkeyakinan.

Perkembangan ini juga memberikan orang ramai membuat pilihan membeli beg tangan secara terus atau dalam talian sama ada memilih beg tangan yang original mahupun gred A, AA atau AAA bergantung pada kemampuan setiap individu. Ada sesetengah wanita suka mengumpul pelbagai jenis beg tangan kerana faktor minat dan hobi. Bagi wanita seperti ini, mereka suka mengikut trend agar tidak ketinggalan zaman dan ingin sentiasa tampil up-to-date. 



Sayangnya, ramai wanita hari ini, membeli beg mengikut gerak hati dan dorongan fesyen in-trend semata-mata hingga terlupa beberapa aspek yang perlu di titik beratkan sebagai contoh memilih beg tangan mengikut bentuk badan masing-masing dan jenis beg tangan yang sesuai mengikut keadaan tempat. Warna, fungsi beg, fesyen terkini, malah saiz juga merupakan faktor penting yang perlu setiap wanita tahu dalam pemilihan beg tangan untuk tampil lebih menyerlah dari biasa.

1) Saiz.

Beg tersebut haruslah berpadanan dengan saiz badan individu. Jika berbadan besar dan tinggi, disarankan untuk membeli beg yang lebih besar. Manakala sebaliknya pula jika anda seorang yang kecil dan kurus, Jika tidak, beg kecil akan membuat seorang wanita yang besar kelihatan lebih besar, sama seperti beg besar akan membuat seorang wanita bertubuh kecil kelihatan lebih kecil.

Bentuk beg yang dipilih seharusnya yang bertentangan dengan bentuk badan anda sendiri supaya penampilan anda tidak kelihatan janggal atau menonjolkan lagi bahagian-bahagian badan yang anda ingin disembunyikan. Jika anda tinggi atau kurus, pilihlah beg yang berlengkung (seperti beg hobo), manakala jika anda mempunyai bentuk badan seperti buah epal, pir, memilih beg yang berstruktur (kotak bersegi) akan membantu visual orang ramai yang melihat anda untuk tidak fokus kepada ‘kekurangan’ yang ada.

2) Tali Panjang.

Tali juga memainkan peranan! Beg yang terletak di badan anda sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada si pemakainya. Jika bahagian badan atas lebih besar (secara visualnya anda kelihatan berat di atas berbanding bahagian pinggang ke bawah) pilihlah tali yang meletakkan beg pilihan tadi selaras di bahagian pinggang atau turunkan sedikit di bawahnya.

3) Kelebaran Tali


Jika anda cenderung untuk membawa banyak barang-barang di dalam beg, carilah tali yang cukup lebar untuk membawa beban dengan selesa.

Anda mempunyai masalah sakit belakang? Elakkan daripada memilih beg bahu kerana hanya akan memburukkan lagi masalah kesihatan anda.

4) Warna beg tangan dengan kasut/baju mesti dipadankan?


Saya perhatikan dalam hal ini ramai wanita suka konsep padanan yang sama antara beg tangan dengan kasut atau baju yang dipakai. Sebenarnya dalam hal ini ia tidak semestinya menjadi kemestian. Yang penting, haruslah nampak ‘harmoni’ dengan kasut atau baju supaya kelihatan lebih senada dan elakkan dari terlalu ‘kontra’ antara beg tangan dengan baju atau kasut yang dipakai. Ini kerana, sesuatu yang ‘kontra’ akan mencacatkan penampilan sang pemakai dan kelihatan pelik bagi yang memandang.

Sumber : Internet.
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a