Header Ads

Janji 100 Hari Pakatan Harapan Terpaksa Ditangguh Kerajaan



1 Jun: Janji 100 Hari Pakatan Harapan sebelum PRU-14 terpaksa ditangguh sementara. Janji ini akan ditunaikan selepas keadaan kewangan negara bertambah baik.

Berikut adalah perkara yang ditangguhkan pelaksanaannya iaitu pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta bawah 1300 cc dan motor di bawah 125 cc, skim caruman KWSP untuk suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan pelaksanaan Skim Peduli Sihat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, semua inisiatif ini hanya akan dilaksanakan kerajaan pusat apabila keadaan kewangan bertambah baik.

FB: Triherb
"Walaupun kerajaan ingin melaksanakan semua janji 100 harinya, namun kerajaan juga mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan dahulu dengan menyebabkan masalah kewangan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung.

"Kerajaan akan terus komited untuk memenuhi janji-janji manifesto apabila keadaan kewangan mengizinkan.

"Jika keadaan kewangan negara bertambah baik dalam tempoh 100 hari, kita akan laksanakan, tetapi jika tidak kita akan tunggu sehingga ia baik," katanya pada sidang media di bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Mengenai harga runcit petrol, Guan Eng berkata harga petrol RON95 dan diesel dikekalkan pada harga semasa iaitu masing-masing RM2.20 dan RM2.18 seliter, manakala harga petrol RON97 pula akan ditetap berdasar harga pasaran dan disemak secara mingguan setiap Khamis bermula 7 Jun ini.

"Bagi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST), Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 akan dibentangkan di Dewan Rakyat sebaik selesai Perbahasan Titah Diraja di dalam sidang Parlimen akan datang," katanya

No comments

Powered by Blogger.
a