Header Ads

"Jumpa RM1.5 Juta Bersama 'Pegawai Polis' SPRM Dedahkan Turut Merampas.."

Gambar Sekadar Hiasan


4 Jun : Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan menerima rahsuah.

Pihak SPRM turut merampas 5 buath kereta mewah yang harga nilai keseluruhannya hampir RM3 juta miliknya. Selain itu juga pihak SPRM mengatakan bahawa suspek juga memiliki motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS.

Turut dirampas adalah "Empat kereta jenis Ferrari, BMW, Mini Cooper dan Mercedes Benz di beberapa kawasan hasil siasatan yang dijalankan.

"Setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui hasil wang tunai yang diperoleh," katanya.

Khamis lalu, dua pegawai kanan polis yang ditahan SPRM, dipercayai menerima rasuah untuk melindungi pusat judi.

Serbuan dijalankan di sebuah bengkel dan menemui wang tunai daripada dua suspek yang bertugas di Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, berjumlah RM1.5 juta.

Difahamkan , ketika ini SPRM sedang melakukan siasatan lanjut manakala suspek berkenaan direman selama empat hari bermula Jumaat lalu.
FB: Triherb
Sumber: Bharian

No comments

Powered by Blogger.
a