Header Ads

Kecewa! Argentina Kalah,'Penyokong Tegar Messi Bunuh Diri '


Piala Dunia FIFA Rusia 2018 merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh peminat bola seluruh dunia. Mana taknya semua pun nak tengok pasukan favourite berentap dekat padang tu.

Namun begitu, diingatkan supaya peminat bola tak terlalu mengikut demam bola ni takut-takut jadi seperti lelaki ini yang sanggup mengambil nyawa sendiri gara-gara kekalahan pasukan bola kegemarannya.

Menurut Cari, Dinu Alex berusia 30 tahun dari India merupakan peminat tegar pasukan Argentina serta pemainnya iaitu Lionel Messi. Rakan mangsa memberitahu, mangsa amat yakin Argentina akan berjaya dan layak ke pusingan akhir.

“Semalam dia membeli t-shirt seperti yang dipakai oleh Messi dan duduk untuk menonton perlawanan.”



Namun begitu, pasukan Argentina telah mempamerkan permainan yang agak hambar dalam perlawanan peringkat kumpulan di mana perlawanan pertama diakhiri dengan keputusan seri dengan pasukan Iceland dan perlawanan kedua pula kalah teruk 0-3 kepada pasukan Croatia.

Walaupun pasukan Argentina akhirnya berjaya mengalahkan Nigeria dan memasuki pusingan kedua, tetapi kemenangan itu sedikit terlewat buat penyokong tegar berkenaan.

Dinu dikatakan keluar dari rumah kerana tidak dapat menerima hakikat apabila keputusan pasukan kegemarannya kalah teruk kepada Croatia. Ibunya kemudian telah terjumpa sekeping nota yang ditinggalkan di dalam bilik Dinu.

“Saya tidak dapat terima pasukan kegemaran Argentina kalah begitu teruk. Saya sudah menonton semua apa yang saya perlu tonton. Apa yang tinggal untuk saya tonton sekarang?”

“Saya sedang menuju ke arah kematian, tiada sesiapa perlu bertanggungjawab terhadap pemergian saya.”

Keluarga Dinu kemudian melaporkan kepada polis dan pencarian ke atasnya dijalankan serta merta selepas mendapat maklumat bahawa Dinu menuju ke jambatan di Sungai Meenachil yang terletak berhampiran rumahnya.




Malangnya, Dinu telah terjun ke dalam sungai itu dan mayatnya telah dijumpai oleh polis Kottayam Utara di bawah jambatan pada 24 Jun yang kebetulan merupakan hari jadi pemain kegemarannya, Lionel Messi.

"Alahai… Sayangnya… Takziah buat keluarga mendiang."



No comments

Powered by Blogger.
a