Header Ads

'Macam Diorang Pulak Yang Bercerai,Baik Jaga Family Sendiri' - Nazim Othman.


Sudah menjadi lumrah kehidupan yang manusia ini memang sibuk menjaga tepi kain orang. Kalau dulu kita hanya sibuk dengan kehidupan orang yang kita kenali secara ‘real life’, kini dengan kemajuan laman sosial, kegiatan ini semakin menjadi-jadi, sehinggakan unknown person pun turut sama mahu dijaga kainnya. Itulah yang terjadi kepada Nazim Othman, selepas penceraiannya dengan Bella Dally baru-baru ini.

Nazim telah meluahkan isi hatinya dengan sikap sesetengah pihak yang terlebih mem’bawang’ tanpa mengenali dirinya sedangkan hidup mereka sendiri tidak terjaga. Rupa-rupanya banyak mesej peribadi berbaur hinaan dan kutukan yang telah diterima oleh Nazim selepas penceraiannya.

"Tadi ada orang DM I, kemain mesej dia mencerca I. Padahal I kenal dia pun tak. Dia pun tak pernah jumpa I. Jangan jadi orang macam ni tau. Haruslah I fokus dengan kebahagian I, selama ini pun I bekerja keras. Bukan duduk saja-saja terus senang. Orang tak tahu apa-apa sibuk nak membawang manakala hidup sendiri ke laut dalam"

"Kan! Macam diaorang pulak yang bercerai. Baik diaorang jaga famili sendiri. We never know what will happen. Manusia ni ramai sibuk nak melaran fizikal masing-masing, tapi hati ya ampun hanya tuhan yang tahu betapa penuh kehinaan. I tak sedih cuma tak paham dengan manusia yangs uka menyibuk hal orang."




Biasalah bila dah menjadi selebriti, semua benda pun ingin dikorek dan diketahui oleh para peminat. Itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi popular. Tapi kadangkala peminat nie pun over semacam jugak. Janganlah sampai nak kutuk-kutuk di laman sosial.


Sumber : Mstar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a