Header Ads

'Macam Tikar Getah' - Netizen Kritik Design Baju Raya Dato Siti.


Baru-baru ni, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ada memuatnaik gambar di instagram rasminya mempromosikan salah satu koleksi baru baju rayanya. 

Namun, reaksi daripada peminatnya kurang menggembirakan apabila ramai yang tidak menyukai rekaan dan fabrik baju tersebut sehingggakan ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai kritikkan daripada netizen.

Siti memuatnaik gambar empat orang pekerjanya mengenakan baju berfabrik broket dengan kapsyen tersebut:


“Bermacam macam pilihan rekaan & fabrik baju terdapat di butik @creacionbysitinurhaliza termasukla fabrik jenis broket.. tengoklah tu!! Staff saya melaram 😘😘.. Oh ya! Ada pilihan saiz juga..jgn lupa shopping baju Raya di semua cawangan butik saya ye ..”

Komen berbaur negatif terus dilemparkan sehingga ada yang komen ‘jujur’ mengatakan pakaian tersebut seperti tikar getah.Apa kata terus pergi ke butik Siti dan nilai sendiri.




Sumber : Instagram ctdk
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a