Header Ads

'Risiko Kalau Bedah Tonsil,Enam Bulan Tak Boleh Nyanyi' - Ismail Izzani


Penyanyi yang menjadi kegilaan ramai wanita, Ismail Izzani mengakui mempunyai masalah sakit tonsil sejak kecil lagi.Dia masih belum terfikir untuk melakukan pembedahan bagi membuangnya.

Menurutnya dia tak mahu mengambil sebarang risiko jika melakukan pembedahan pada waktu yang terdekat.

"Saya mengalami masalah sakit tonsil ini sejak kecil lagi tetapi paling teruk saya kena Oktober tahun lalu dan ditahan dalam wad selama dua minggu.

"Doktor ada beri nasihat untuk lakukan pembedahan namun saya masih mahu cuba menjalani rawatan biasa dahulu," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya jika melakukan pembedahan, dia kena berehat dari menyanyi selama enam bulan dan kemungkinan suaranya akan berubah.

"Jadi saya fikir sekarang bukan masa yang sesuai dan mama pun tidak paksa untuk buat pembedahan." 





Sumber : Astro Gempak
-www.kakishare.tv
FACEBOOK triherbs

No comments

Powered by Blogger.
a