Header Ads

'Sekarang Dah Boleh Include Nyanyian Dalam Stand Upper' - Dikiritik Nyanyi Lagu Raya,Ini Respon Padu Wartawan TV3.


Kecoh di media sosial sebuah video liputan luar yang disampaikan wartawan TV3, Amirulhakim Lokman, tempoh hari. Kelihatan cara penyampaian berita dari Amirulhakim agak berbeza apabila dia menyanyikan lagu Indahnya Beraya Di Desa semasa membuat liputan.

Dia menerusi Instagram Stories meluahkan pendapat mengenai tindakan Amirulhakim.Saiful Nizam Ismail kurang bersetuju dengan pendekatan dan cara penyampaian berita yang dilakukan Amirulhakim itu

"Wartawan lokasi sekarang dah boleh include nyanyian dalam stand-upper. Tak tahu nak suka ke nak pelik. Punah kredibiliti Newsroom."

Menerusi laman Twitter menegaskan bahawa tindakannya itu adalah sejajar dengan konsep santai dan bersesuaian dengan tema untuk pulang beraya.Amirulhakim menjawab kenyataan yang telah dimuatnaik oleh Saiful Nizam di Instagram Stories.



Tindakan tersebut seolah-olah telah membuka aibnya.Dia turut menyelar tindakan bekas penyampai berita TV3 itu tidak menegurnya secara peribadi. 

Namun,cara penyampaian liputan luar itu turut mendapat respon positif dari netizen dan mereka akui terhibur dengan konsep penyampaian demikian.




Sumber : Twitter Amirulhakim, Instagram Saiful Nizam.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a