Header Ads

Selama Sebulan, Netizen Kecewa Fazura Buka Tudung Kembali


Bulan Ramadan lalu, rata-rata netizen memuji penampilan Nur Fazura yang cantik dan manis bertudung. Ada juga dikalangan mereka berharap agar Fazura akan kekal istiqamah untuk kekal berhijab.

Namun selepas seminggu menyambut Aidilfitri, Fazura memuat naik foto terbaru di Instagram tanpa berhijab. Foto tersebut dikecam teruk oleh netizen yang kecewa dengan tindakan Fazura yang hanya bertudung di bulan Ramadan sahaja.

Komen tersebut mendapat perhatian Fazura yang tampil memberikan penjelasan dan sebab munasabah mengapa dia terpaksa menanggalkan tudung.Ada juga yang bertanyakan apakah perasaan Fazura apabila membuka tudung setelah berhijab selama sebulan.



Tambah Fazura lagi, niatnya untuk berhijab di bulan Ramadan bukan hanya untuk menghormati bulan suci itu sahaja, ianya juga untuk melatih dirinya menjadi insan yang lebih baik. Katanya lagi, dia mahu perubahan itu lahir daripada hatinya yang ikhlas dan bukan disebabkan pandangan atau desakan orang lain.



Sumber : Beautifulnara.
FACEBOOK KIM SKIN 

No comments

Powered by Blogger.
a