Header Ads

'Biadap Betul Dato Seri Vida Duduk Atas Kubur Orang,Tak Ada Adab Langsung' - Netizen.


Meskipun bukan bergelar artis, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida turut dihimpit pelbagai kontroversi. Namun, disebalik karakternya yang bersahaja, ceria dan penuh gelak tawa, beliau pernah melalui detik paling menyedihkan apabila kehilangan dua orang anak lelakinya dalam tragedi kebakaran beberapa tahun lepas.

Ingin meluahkan rasa rindu dan berdoa, DSV menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto beliau melawat pusara arwah anak-anaknya pada 1 Syawal lalu.

Walaupun ramai yang memberikan kata-kata semangat agar beliau kekal tabah, ada juga sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakan DSV yang duduk di atas pusara orang lain yang terletak bersebelahan dengan pusara arwah anak-anaknya. Mereka menganggap perbuatan itu tidak beradab.











Penulis sudah membuat sedikit kajian mengenai isu hangat ini agar semua pihak boleh memahaminya dengan lebih baik. Berdasarkan penjelasan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,  hukum untuk duduk diatas binaan kubur adalah makruh. Binaan kubur dianggap sebagai kubur itu sendiri. Oleh itu makruh untuk duduk di atas binaan kubur kerana dianggap sebagai duduk di atas kubur.

Tetapi biarlah teguran itu dibuat dengan cara yang lebih baik tanpa sebarang kecaman. Harapnya segala persoalan tentang hukum duduk di atas kubur orang lain terjawab dengan penjelasan di atas.






Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a