Header Ads

'Tak Sabaq Nak Melaram! Tahun Ini Kami Sekeluarga 20 Pasang Sahaja' - Che Ta.


Tahun lalu, Che Ta sediakan 30 pasang setiap seorang.Setiap kali menjelang Aidilfitri pasti ramai nak tahu berapa pasang baju raya warna sedondon yang akan digayakan oleh Rozita Che Wan sekeluarga. 

Menurut Che Ta kesemua pakaian telah disiap digosok dan dia mula rasa tidak sabar untuk menyambut Syawal.Tahun ini dia sudah menyiapkan 20 persalinan setiap seorang bagi memastikan mereka sekeluarga tampil bergaya.

“Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang.

“Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang,” katanya kepada mStar Online.

Seperti kebiasaannya Setiap kali beraya pasati akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya keempat dan menjemput sesiapa sahaja yang ingin datang beraya.






Sumber : Mstar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a