Header Ads

Tiga Beradik Jutawan Muda Hadiahkan Bapa Sebiji Kereta Vellfire , Netizen Sebak Dengar Kisah Jatuh Bangun.


Mengesahkan tentang kepayahan empat orang adik beradik yang merupakan Director kepada syarikat THRUSTER GLOBAL GROUP SDN BHD iaitu Haziq Syazane (anak sulong)  berumur 24tahun , Fatin Shahira (anak ke dua) berumur 22tahun, Syafiq Hazane (anak ketiga) berumur 20tahun dan adik yang akhir sekali.

Bermula pada tahun 2016 , pernigaan ini dimulakan oleh syafiq hazane dengan menjual kasut sukan online selepas nampak peluang yang meluas dalam bidang online . bermula dengan tangan yang kosong , syafiq sering ulang alik mengambil stock pelanggan hanya menaiki motosikal walaupun bermandi hujan dan peluh  , Namun ia mendapat perhatian daripada abangnya iaitu Haziq Syazane (anak sulong) dan kakaknya Fatin Shahira dan mereka menjalankan pernigaan ini bersama-sama walaupun mereka masih bekerja di bawah orang

Selepas enam bulan mreka berniaga menjual kasut sukan online , mereka mula membuka satu lagi perniagaan online instagram menjual iphone original di akaun bernama @trusther.iphone. namun langit tidak selalu cerah , mereka dikejutkan dengan khabar yang mengubah hidup mereka . pada tahun 2017 , keluarga mereka terpaksa menanggung hutang hampir rm200 ribu atas sebab- sebab tertentu.

“Perasaan sedih kami bertiga hanya allah yang tahu , kami menangis di dalam bilik memikirkan nasib kami dan cara melangsaikan hutang yang sangat banyak itu “ katanya pada KS. Namun itu bukan titik akhir kepada pernigaan mereka , mereka menjadikan dugaan itu sebagai titik tolak mereka untuk lebih Berjaya dan lebih gigih dalam menjalankan pernigaan . malah , mereka juga sedar setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya dan mereka perlu bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini bersama-sama .



Sememangnya permulaan itu adalah perkara yang akan mereka ingati sampai bila-bila . mereka bermula beroperasi di rumah sahaja , mereka menjadikan ruang tamu rumah mereka sebagai pejabat untuk mereka membalas pertanyaan pelanggan di whatsapp dan ruang tamu itu juga menjadi ruang untuk mereka membungkus barangan untuk dihantar kepada pelanggan mereke sebelum berpindah ke pejabat berhampiran rumah yang buruk bagaikan rumah berhantu untuk memudahkan proses pekerjaan mereka

“ Kalau nak cakap pasal tidur tak cukup ? setiap hari kami tidur tak cukup . lebih-lebih lagi fatin yang melayan whatsapp pelanggan sehingga 3-4pagi . syafiq dan haziq sibuk belajar ilmu dengan berjumpa otai-otai bisnes online sehingga lewat pagi dan purata tidur kami hanya 3-4jam sahaja untuk satu hari lebih-lebih lagi kalau order banyak .” katanya lagi kepada KS

Meskipun pernigaan mereka semakin maju dalam masa yang singkat sahaja , liku-liku pernigaan mesti mereka tempuhi , sekali lagi mereka dikejutkan dengan berita yang membuat mereka hampir putus asa . akaun instagram yang merupakan penjana income pertama mereka “disable” oleh pihak instagram . allahu beratnya ujian mereka . mereka yang hanya mempunyai simpanan rm30 ribu pada masa itu membuat keputusan yang sangat tinggi risikonya . bak kata haziq kepada adik-adiknya “ kita gunakan semua modal yang kita ada untuk naikkan balik instagram kita , kalau menjadi Alhamdulillah . kalau tidak menjadi , kita tutup office dan buat kerja di rumah je balik “. Ini merupakan risiko terbesar yang pernah mereka ambil dan mereka Berjaya menaikkan semula pernigaan di instagram mereka dalam masa 3bulan sahaja

“Banyak lagi halangan yang terpaksa kami beradik hadapi untuk sampai di tahap ini , kami mempunyai 4 orang staff dan semuanya rakan fatin . tapi baru kena tegur sikit , mereka berempat komplot untuk berhenti dengan niat ingin menjatuhkan kami . bukan tu je , van yang kami baru beli 2minggu untuk angkut barang pun hilang . betul orang cakap , bukan senang nak Berjaya “ kata
tiga beradik ini kepada KS 



Namun, tidak hairanlah dengan dugaan dan kepayahan yang mereka tempuhi suatu masa dahulu menghasilkan kejayaan yang sangat manis rasanya . kini , mereka sudah mempunyai 10orang team yang sudah diasingkan pekerjaan masing-masing . dan yang membuat mereka gembira , team mereka sudah mula memiliki apa yang mereka impikan dan mereka janjikan kepada pasukan mereka untuk memastikan mereka Berjaya dengan menjadi pasukan trusther.

Paling menyeronokkan bagi mereka adik beradik adalah dapat menunaikan hajat yang setiap tahun disebut oleh ibu dan ayahnya . ayat ini seringkali disebut oleh ibu bapa mereka kepada mereka “nanti kita pergi menunaikan umrah satu keluarga ya”. Alhamdulillah mereka dapat menunaikan hajat besar tersebut dengan membawa satu keluarganya menunaikan ibadah umrah . bukan itu sahaja, mereka juga menghadiahkan ibu bapa mereka sebiji kereta toyota vellfire fuh !! memang terbukti rezki tidak salah alamat untuk mereka yang berniga dengan niat yang betul dan membantu keluarga mereka .

Kini , mereka menjadikan @trusther.iphone bukan sahaja sebagai platform menjual iphone original dan barangan gadget . mereka juga membuka peluang anak-anak muda menjana pendapatan dengan menjadi Dropship dan dealer yang mampu menjana sehinggan rm5 ribu sebulan . untuk lebih lanjut , anda boleh pergi ke instagram @trusther.iphone






No comments

Powered by Blogger.
a