Header Ads

'Akibat daripada kemalangan itu' - ADUN Balakong , Ng Tien Chee Maut Kemalangan


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Mangsa dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan kejadian berlaku pada jam 12.40 pagi.

Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan SUV jenis Nissan x-Trail melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsesi lebuhraya berkenaan.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa, pemandu kereta Nissan Xtrail sudah meninggal dunia.

“Mangsa adalah ADUN Balakong, Ng Tien Chee, maut di tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menerusi Twitter menggunakan akaun @AmirudinShari mengucapkan takziah kepada keluarga Tien Chee.

“Saya telah menerima berita dukacita YB @eddiengtienchee, ADUN Balakong telah meninggal dunia akibat nahas kemalangan jalan raya.

“Takziah diucapkan kepada keluarga. Saya turut merasa sedih dan terkejut apabila menerima berita pemergian mendiang YB Ng Tien Chee,” katanya.




Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Tien Chee mengalahkan dua pencabar masing-masing dari BN, Lim Chin Wah, dan PAS, Mohamad Ibrahim Ghazali, dengan kelebihan 35,538 undi.

Dalam saingan itu, beliau yang juga wakil DAP, memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.Beliau turut menyatakan kesedihan apabila menerima berita tersebut.







Sumber : Harian Metro dan Astro Awani.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a