Header Ads

'Bila Ditanya Adakah Naufal Jatuh, Pengasuh Mengatakan...' - Luah Hati Seorang Ibu,Mohon Doakan Naufal..

“Assalamualaikum minta jasa baik rakan-rakan doakan anak saya, dia sekarang dalam keadaan kritikal,” demikian luahan Eyka Rohmat dalam Facebook, Selasa lalu.

Eyka mengharapkan anak lelakinya, Naufal Nabil Fikri yang berusia 10 bulan itu diberikan keajaiban dan kesihatan seperti sedia kala.

“Jasa dan doa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya. Ummi rindu Naufal sayang, Naufal kuat ummi kuat... Naufal nyawa ummi,” katanya.

Terdahulu menerusi muat naik di akaun sama pada 4.47 petang semalam, Eyka mengesahkan tempurung kepala anak tunggalnya itu retak, tisunya bengkak dan pendarahan termasuk di selaput mata.


“Allah SWT, sesungguhnya kami insan yang terpilih kau redakan aku terima segala ketentuanMu,” katanya.

Sementara itu menurut sumber yang rapat dengan keluarga berkenaan, keluarga mangsa reda dengan ketentuan takdir selepas doktor mengesahkan jika hayat bayi itu panjang, keadaan kesihatannya terganggu.

Katanya, cubaan keluarga untuk mendapatkan kerjasama pengasuh termasuk mengetahui punca kejadian bagaimanapun sukar selepas enggan memberikan kerjasama sebelum ditahan polis.

“Pada mulanya pengasuh memberi alasan Naufal tersedak ketika memberi makan dan selepas itu apabila ditanya adakah Naufal jatuh, pengasuh mengatakan bayi itu jatuh buaian,” katanya.



Terdahulu, polis menahan reman pengasuh wanita berusia 35 tahun itu susulan bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan lebam dahi kiri, pendarahan mata dan retak tempurung kepala selepas dirujuk ke Hospital Tangkak di sini Selasa lalu.

Wanita itu ditahan 12.15 tengah malam tadi.



Sumber : Harian Metro
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a