Header Ads

"Dia Sanggup Berjaga Sehingga Lewat Pagi" - Isteri Curang Terjebak Dengan Bigo Live


BAHANA video Bigo Live, rumah tangga kontraktor yang dibina atas dasar cinta sejak empat tahun lalu, bagai di hujung tanduk

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jefri, 51, mendakwa isterinya mula berubah sikap selepas terjebak dalam aplikasi media sosial itu sehingga sanggup menipu dirinya.

Menurut Jefri, melalui aplikasi itu juga isterinya yang baru berusia 26 tahun mula berkenalan dengan lelaki lain sehingga menyebabkan rumah tangga mereka semakin goyah.

"Mulanya saya tidak mengesyaki sesuatu dan beranggapan isteri memuat turun aplikasi itu hanya untuk suka-suka sama seperti Instagram dan Facebook, namun sebaliknya yang berlaku.

"Selepas dia 'taksub' dengan Bigo Live dan mengikut beberapa 'group' di aplikasi itu, dunianya hanya bersama telefon pintar. Malah, perubahan ketara apabila isteri berkenalan dengan seorang lelaki," katanya ketika ditemui NSTP, di sini, hari ini.

Jefri berkata, menyedari perubahan itu dia beberapa kali cuba menasihati dan memberi amaran supaya isterinya tidak lagi menggunakan aplikasi terbabit, namun tidak diendahkan.


"Pelbagai usaha sudah dilakukan dan lebih lapan bulan saya cuba menyelamatkan rumah tangga, namun menemui jalan buntu.

"Dia (isteri) sanggup berjaga sehingga lewat pagi hanya untuk memuaskan hati melihat segala aktiviti di Bigo Live dan mengetahui apa yang dilakukan lelaki dikenalinya itu.

"Bayangkan, saya tidur di sebelah, tetapi dia dalam diam bermain Bigo Live di dalam selimut," katanya.

Katanya, dia tampil membuat pendedahan itu bukan hendak membuka aib atau memburuk isterinya, tetapi ingin memberi pengajaran serta iktibar kepada masyarakat, khususnya mereka yang sudah berumahtangga.

"Sebelum ini saya hanya mendengar perkara itu berlaku kepada pasangan lain dan tidak menyangka hal berkenaan akhirnya terjadi kepada rumah tangga saya sendiri," katanya.

Sumber : Harian Metro.
FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=6Pti7jgdfIc&t=1s

No comments

Powered by Blogger.
a