Header Ads

Filem Termahal China Cecah RM458 Juta Telah Gagal Pecah Panggung.


Filem termahal Beijing, China yang menelan belanja AS$113 juta (RM458 juta) gagal pecah panggung dengan hanya mampu mengutip AS$7.3 juta (RM29 juta).

Filem fantasi ‘Asura’ terbitan syarikat Alibaba Pictures yang penuh dengan kesan khas, disasarkan sebagai bahagian pertama trilogi epik yang diilhamkan daripada mitos Buddha Tibet.

Kebanyakan filem hebat China setakat ini dihasilkan dengan separuh bajet yang dibelanjakan Asura.

Namun, ia merupakan sebahgaian usaha pihak berkuasa China untuk mempromosikan hasil kerja yang menghasilkan elemen-elemen budaya tradisonal China.

Anggaran kerugian bernilai AS$106 juta (RM430 juta) menjadikannya filem kelima paling rugi dalam sejarah filem dunia didahului ‘Sinbad: Legend of the Seven Seas’ yang mengalami kerugian terbesar berjumlah AS$125 juta (RM507 juta), menurut laman Box Office Mojo.

 

Sumber : Astro Awani.
FACEBOOK KIM SKIN


https://www.youtube.com/watch?v=XLPIfF003L4

No comments

Powered by Blogger.
a