Header Ads

'Itu Bukan Punggung Saya,Gambar Diedit Sehingga Nampak Lucah' - Izara Aishah


Memiliki wajah jelita, kulit putih gebu dan bentuk badan menawan, pelakon Izara Aishah antara selebriti yang menjadi perhatian ramai serta dicemburui ramai wanita.

Baru-baru ini timbul pula isu apabila ada netizen mempersoalkan bentuk punggung Izara dan mendakwa Izara melakukan suntikan membesarkan punggung.

Bagaimanapun, menerusi Twitter, Izara tampil menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan foto punggungnya yang tersebar di media sosial itu telah disunting sehingga membuatkan foto itu nampak lucah.

Izara memberitahu, dia juga tidak suka jika punggungnya kelihatan besar seperti dalam gambar tersebut. Izara turut menyertakan gambar asal punggungnya itu bagi mengelakkan salah faham dan fitnah.


Bukan senang bergelar selebriti, dari hujung rambut sampai hujung kaki akan jadi perhatian ramai. Mungkin mereka yang menabur fitnah tersebut cemburu dengan kecantikan Izara.



Sumber : Beautifulnara.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a