Header Ads

'Okay Sangat..5 Take,Lima-Lima Lain Dialog Dia..' - Mira Filzah Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Zizan Razak.

Menerusi ruangan Ask Me Question di Instagram Stories, pelakon Mira Filzah berkongsi pengalaman berlakon dengan pelawak Zizan Razak.

"Okay tak berlakon dengan Zizan?" tanya seorang netizen.

"Okay. Okay Sangat. Lima take, lima-lima lain dialog dia. Lima shot, lima-lima lain cue dialog," jawab Mira.

Mira dan Zizan didakwa sedang menjalin hubungan cinta namun pasangan ini menjelaskan yang mereka hanya sekadar teman rapat sahaja.

Mira juga menyatakan yang dia rasa berbangga sekiranya dijemput menjadi tetamu untuk program Jozan Live yang bakal disiarkan bermula 24 Julai ini.


Timbul spekulasi mengatakan wanita itu mungkin juga Mira Filzah yang sering digosipkan bercinta bersama Zizan.

"Masing-masing dipertemukan kali pertama apabila dipilih sebagai hos kemuncak ABPBH 29 pada 2016. Khabarnya sejak itu hubungan mereka tidak pernah terputus,daripada seorang kawan sehinggalah kedua-duanya dikhabarkan dilamun cinta. Usahlah berdolak-dalih lagi Zizan dan Mira. Tidak salah pun jika berkongsi cerita yang sebenar."

"Ada sumber yang mendakwa, Zizan pernah meluahkan isi hati dan mengakui Mira adalah wanita yang dicintainya. Cuma, tiada dinyatakan alasan kenapa Zizan belum melamar pelakon cantik molek itu."


Menerusi ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian, hubungan mereka berdua ini tidak pernah terputus sejak digandingkan sebagai hos ABPBH 29, semakin hari semakin rapat sehinggalah timbul bibit percintaan antara mereka berdua. Ada sumber mengatakan, Zizan mengakui beliau cintakan Mira.

Jika begitu, rasanya Zizan dan Mira tidak perlu lah lagi menyembunyikan hubungan mereka. Tidak salah pun untuk terus-terang dengan orang ramai, inshaAllah pasti mereka mendoakan yang terbaik. Kalau dah cinta sepenuh hati itu jangan tunggu lama-lama lagi, kata orang tua-tua benda baik apa salahnya dipercepatkan.

Sumber : Astro Gempak.
FACEBOOK KIM SKIN


https://www.youtube.com/watch?v=6Pti7jgdfIc

No comments

Powered by Blogger.
a