Header Ads

'Sampai Bila Nak Friendzone Weh!' - Netizen Tertarik Dengan Kapsyen Nadzmi Adhwa


Ramai mengetahui hubungan akrab di antara pelakon, Ardell Aryana dengan Nadzmi Adhwa malah ramai juga yang seolah-olah memberi restu jika ‘persahabatan’ mereka berterusan ke fasa seterusnya.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menegaskan bahawa hubungan akrab itu tidak lebih daripada seorang kawan.

Lalu, semalam Nadzmi ada memuat naik video berserta kapsyen berkaitan dengan ‘friendzone’.


“Thanks @ardellaryana jahit untuk aku. Eh! tak lah untuk semua followers @alwadelhijab kau #friendzone aku je kerja Sampai bila nak friendzone weh?,” tulisnya.

Oh my! Apa maknanya itu? Apa sebenarnya hubungan mereka berdua ini?

Dalam pada itu, Nadzmi juga ada memuat naik foto beberapa hari lalu di Instagramnya dengan kapsyen yang memberi maksud tersurat dan tersirat.

“Kalau awak tak berputus asa dengan saya lagi takkan berputus asa dengan awak …Aiceh,tetiber,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa simpati pada Nadzmi.Apa-apapun, kita doakan yang terbaik sahaja buat kedua-dua mereka. 







Sumber : Instagram Nadzmi Adhwa.

FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=XLPIfF003L4&t=2s

No comments

Powered by Blogger.
a