Header Ads

'Saya Memang Mahu Nyanyi Berdiri,Tidak Manis Jika Belakangkan Lofa Dan Nabil' - Misha Omar


Bayangkan, Misha masih boleh menyanyi dengan begitu hebat sekali walaupun secara duduk di rancangan hiburan MeleTOP semalam.Tahap penyanyi berbakat dan ‘legend’ seperti Misha Omar ini sejujurnya memang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana artis baru dan popular sekarang. 

Rata-rata netizen begitu terpukau dengan nyanyian Misha dan memuji betapa ‘versatile’nya beliau. Lontaran vokal Misha memang cukup padu dan meremang bulu roma dibuatnya.


Menerusi portal Harian Metro, Misha tidak sangka aksinya itu akan menjadi viral. Menurut Misha, beliau menyanyi sambil duduk kerana tidak mahu membelakangkan hos program tersebut iaitu Neelofa dan Nabil.

"Saya memang nak menyanyi berdiri, tetapi menyedari Lofa dan Nabil duduk di situ, saya berasakan tidak manis jika membelakangkan mereka. Jadi, dalam segan saya duduk juga sambil menyanyi. Tidak menjangka pula perkara ini menjadi bualan peminat di Instagram dan Twitter. Malu saya dibuatnya."





 

Sumber : Harian Metro.
FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=-okV-rpURmU&t=100s

No comments

Powered by Blogger.
a