Header Ads

Selamat Bertunang, Meriahnya 8 Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Baim Wong Dan Paula Verhoeven

Pelakon popular Indonesia, Baim Wong telah selamat mengikat tali pertunangan dengan model dan aktres Paula Verhoeven pada Sabtu lalu.

Majlis pertunangan itu berlangsung di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula sendiri.

Baim dan Paula menyarung persalinan berkonsepkan busana tradisi Jawa sambil diiringi kedua-dua belah keluarga pada majlis berkenaan.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan sejak tiga bulan lalu sebelum mengambil keputusan untuk ke peringkat lebih serius.

Sementara itu, memetik kenyataan Baim kepada media Indonesia, pelakon yang pernah membintangi telefilem Untuk Terakhir Kali bersama Elfira Loy itu akan berkahwin di Jakarta, Indonesia.

"Insya-Allah di Jakarta. Sebenarnya Jakarta atau Bali tapi ke Bali peluangnya cuma 20 peratus sebab semua keluarga di Jakarta," katanya.

Manakala, persiapan menjelang hari bahagia pasangan itu hampir lengkap dan hanya menanti hari.

Apa kata, kita saksikan momen-momen romantis dan manis sempena majlis pertunangan Baim dan Paula baru-baru ini.











A post shared by baim wong (@baimwong) on

FACEBOOK KIM SKIN


https://www.youtube.com/watch?v=8yXZJ6tZwzw

No comments

Powered by Blogger.
a