Header Ads

'Suka Saya...' - Nga Kor Ming Dapat Pujian Ketua Pembangkang Ahmad Zahid.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mendapat pujian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana bersikap profesional ketika mengendalikan persidangan.

Walaupun baru hari pertama menduduki kerusi itu, Nga bersikap adil terhadap Ahmad Zahid (BN-UMNO Bagan Datuk) apabila menegur RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) kerana tidak meminta izin terlebih dulu untuk memohon penjelasan ketika perbahasan menjunjung kasih usul titah diraja.

“Yang Berhormat, suka saya mengingatkan Yang Berhormat perlu minta izin sebelum bangun dan bercakap. Kita mesti mengikut peraturan. Sila duduk. Teruskan Bagan Datuk,” katanya.

Begitu juga apabila Rayer bangkit menggunakan Peraturan Mesyuarat untuk meminta Ahmad Zahid menarik balik perkataan ‘munafik’, Nga tetap memberi peluang kepada Presiden UMNO itu untuk memberi penjelasan penggunaan perkataan itu.

“Ahli Yang Berhormat, beri ruang kepada Bagan Datuk membuat penjelasan,” katanya walaupun menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan penyokong kerajaan.

Ahmad Zahid menjelaskan perkataan munafik yang beliau sebutkan sebagai merujuk secara umum iaitu kepada mana-mana pihak yang berjanji tetapi tidak menunaikan janji berkenaan.


Beliau turut memetik ayat al-Quran dalam Surah al-Kafirun yang bermaksud “bagi kamu agama kamu, bagi aku agamaku” dan meminta Rayer menghormati apa yang diperkatakan itu dalam konteks kepercayaan agama Islam.

Selepas mendengar penjelasan itu, Nga memutuskan Ahmad Zahid tidak perlu menarik balik perkataan munafik kerana tidak merujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau mana-mana Ahli Parlimen.

Begitu juga apabila Rayer meminta Ahmad Zahid menarik balik perkataan kroni dalam Pakatan Harapan, Nga dengan tenang meminta Ketua Pembangkang tidak diganggu untuk meneruskan ucapan.

Sumber : Harian Metro.
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a