Header Ads

(VIDEO) Pulau Lombok Dilanda Gempa Bumi Yang Kuat,Antara Terkorban Adalah Rakyat Malaysia.


Gempa bumi berskala 6.5 magnitud melanda destinasi pelancongan popular, Pulau Lombok di Indonesia pada Ahad. Angka korban tercatat setakat ini adalah seramai 10 orang serta berlaku kerosakkan harta di kawasan kejadian, lapor pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan BERNAMA, seorang rakyat Malaysia turut dilaporkan terkorban dalam bencana tersebut. Portal berita tersebut turut menyatakan bahawa mangsa dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30 tahun. Bagaimanapun, identiti lengkap mangsa masih belum diperoleh setakat ini. Jenazah mangsa ketika ini ditempatkan di Klinik Sembalun, Lombok.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata pihak kedutaan sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.




Gempa bumi tersebut melanda Pulau Lombok awal pagi tadi ketika orang ramai masih lagi sedang tidur. Seramai 12 orang tercedera ketika melarikan diri daripada rumah masing-masing menuju ke kawasan lapang bagi menyelamatkan diri daripada ditimpa runtuhan rumah dan bangunan.

Malah katanya, gempa bumi di Pulau Lombok boleh dirasai sehingga ke Pulau Bali, pulau jiran yang menjadi lokasi pelancongan utama Indonesia.

Bencana gempa bumi adalah perkara biasa di Indonesia dengan negara republik tersebut berada di atas lingkaran seismik yang aktik dikenalai sebagai ”Lingkaran Api” mengelilingi Laut Pasifik.Bagaimanapun, tiada kejadian tsunami dilaporkan.



”Kami segera meninggalkan tempat tidur bagi mengelak daripada ditimpa runtuhan rumah,” kata Jean-Paul Volckaert yang memberitahu bahawa dia tersedar sebaik sahaja gempa bumi berlaku.

”Saya meninjau kawasan sekitar, setakat ini tiada kerosakkan besar berlaku. Kami sangat terkejut melihat air di dalam kolam beralun-alun seperti di laut,” katanya lagi.

”Gunung Rinjani akan ditutup buat sementara waktu setelah wujud kebimbangan bahawa lokasi tumpuan pelancong tersebut turut terjejas dalam bencana ini, katanya.

 

Sumber : BERNAMA. 
FACEBOOK KIM SKIN




https://www.youtube.com/watch?v=-okV-rpURmU&t=100s

No comments

Powered by Blogger.
a