Header Ads

Wanita Dalam Pantang Di Kuantan Nekad Larikan Diri,Akibat Tidak Boleh Bayar Bil Hospital.


Akibat tidak mampu membayar bil Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, seorang wanita Myanmar yang dalam pantang nekad membawa lari bayi yang baru dilahirkan kira-kira jam 6 petang semalam.

Kejadian itu disedari jururawat yang bertugas selepas mendapati ibu berkenaan bersama bayinya tiada di katil.

Difahamkan, kos bayaran bersalin bagi warga asing mencecah RM2,500 hingga RM7,000 mengikut kelas wad yang disediakan.

NSTP dimaklumkan setiap bayi yang baru dilahirkan wajib memakai gelang pada tangan dan kaki sebagai tanda untuk pemeriksaan pengawal keselamatan apabila dibenarkan pulang.

Namun, wanita terbabit dipercayai menyembunyikan bayi yang baru dilahirkan di dalam beg sebelum keluar melalui pintu belakang dan melarikan diri.

Sumber berkata, keadaan menjadi kecoh seketika apabila jururawat yang bertugas gagal menemui wanita terbabit bersama bayi berkenaan.



“Pada masa sama, beberapa pesakit lain yang berada di wad berkenaan turut mendakwa tidak menyedari kehilangan wanita terbabit.

“Pengawal keselamatan yang menjaga setiap pintu turut mendakwa tidak menyedari kerana kejadian berlaku pada waktu melawat,” katanya.

Dia berkata, wanita terbabit dimasukkan ke wad hospital berkenaan empat hari lalu sebelum bersalin petang semalam.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Othman Nayan ketika dihubungi berkata, polis sedang menunggu laporan dari pengurusan HTAA untuk siasatan lanjut.

Sumber : Harian Metro.
FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=ML559aF4eKw&t=1s

No comments

Powered by Blogger.
a