Header Ads

'Wayang' Je Lebih,Ini Dia Respon Tun Mahathir Tentang Tindakan Pembangkang.


Susulan dari kekecohan di Dewan Rakyat siang tadi terhadap tindakan pembangkang protes perlantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof disifatkan hanya sekadar sandiwara oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memberi respon terhadap tindakan ahli pembangkang kerajaan baru ini.

"Itu sandiwara. Apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar, maka sekarang dia tahu mengapa orang (pembangkang dahulu) keluar juga. Kerana sebelum ini mereka pernah pertikai tindakan pembangkang keluar dewan, sekarang mereka bertindak dengan cara yang sama macam mana mereka fikir ia teruk."


Datuk Rosmee Hamzah dengan menerima satu cadangan nama sahaja untuk jawatan berkenaan.Perlantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat disahkan Setiausaha Dewan Rakyat.

Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Ketika berlaku kekecohan tadi, Tun Dr Mahathir tidak menghiraukan protes pembangkang dan terus membaca usul pelantikan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.



Sumber: BH Online
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a