Header Ads

10 Orang Meninggal Di Tanah Suci, Penurunan Berlaku Berbanding Tahun Sebelum -Dr Mujahid


22 Ogos: Pada hari ini telah disahkan sebanyak 10 jemaah haji Malaysia telah meninggal dunia di tanah suci.

Perkara ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, daripada 10 kes jemaah meninggal dunia itu, sembilan meninggal dunia di Makkah dan satu di Madinah.

“Daripada 10 kes, hanya satu berlaku selepas wukuf (pada Isnin lalu) manakala bakinya sebelum wukuf. Tahun lalu, sebelum wukuf 19 orang meninggal dunia dan selepas wukuf enam orang.

“Ini menunjukkan usaha untuk mengurangkan kadar kematian itu berjaya,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Rawatan TH Syisyah, semalam.

Beliau berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding keseluruhan musim haji tahun lalu yang mencatatkan 25 kematian.

Katanya, antara punca utama perkembangan positif itu ialah kehadiran lebih ramai ahli rombongan petugas perubatan iaitu 266 orang termasuk 18 doktor pakar dan 39 doktor biasa.

“Selain itu, kita juga ada pegawai perubatan awam yang menziarah jemaah dari bilik ke bilik jemaah secara proaktif untuk mengenal pasti lebih awal jika ada kes jemaah sakit.

“Dulu, tiada pendekatan ini. Jadi, ada jemaah yang pergi Arafah dan Mina dalam keadaan sakit, sekali gus menyumbang kepada berlakunya kematian,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, sehingga kini terdapat 16 jemaah haji Malaysia menerima rawatan di hospital tempatan dan 149 di pusat rawatan TH di Makkah manakala tiada lagi jemaah menerima rawatan di Madinah.

Mujahid juga memaklumkan, pada musim haji kali ini empat jemaah tidak dapat berwukuf kerana koma dan berada di hospital, jumlah itu sama seperti tahun lalu. 
 
Jangan lupe subscribe chanel Kaki Share !! 

No comments

Powered by Blogger.
a