Header Ads

'Aku penat Tora aku nak rehat' - Lama Tidak Muncul Dengan Video Gila,Instafamous Ini Sakit Akibat Terkena Sihir??


Di zaman teknologi ni, ramai yang sudah menggunakan platform media sosial untuk menunjukkan kreativiti masing-masing. Ada yang buat video lawak, vlog dan ada juga video review makanan.

Namun begitu, dalam ramai-ramai peminat mesti ada yang tak suka. Itulah berlaku kepada seorang instafamous yang bernama Nur Humaira atau lebih dikenali sebagai Mira.

Mira seringkali membuat video review makanan dengan cara dan telatah yang over sehingga pernah menerima kecaman teruk netizen.

Ini adalah salah satu daripada video Mira




Menurut status yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Mira sudah lama menyepi daripada membuat video kerana dikatakan terkena buatan orang, dengan kata lain sihir!

Rakan-rakan turut merinduinya
Rakan baiknya Atierah yang membuat video seperti Mira juga menyatakan kerinduannya terhadap gadis itu menerusi posting di Instagram baru-baru ini.



Namun ada mengecam tindakan Atierah yang meminta orang ramai untuk menghalalkan hutang rakannya, akan tetapi mereka masih mendoakan kesihatan Mira di ruangan komen tersebut.

Doa baik-baik sahaja
Walau apa pun terjadi, semoga Mira cepat sembuh. Kepada mereka yang meragui perkara ini, kita husnuzon je ya. Janganlah berkata buruk sebab kita tak tahu apa-apa.

A post shared by rehat (@nrhwz) on



 JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a