Header Ads

'Saya Tidak Bawa Senjata Pedang Samurai Dan Kayu' - Pemilik Kedai Burger Dedah Kejadian Yang Dilanggar..


Kes bas RapidKL merempuh beberapa buah kereta di Jalan Ampang malam semalam masih lagi jadi tanya tanya netizen. Mengapa jadi sehingga begitu sekali? Walaupun banyak versi cerita dari saksi, namun sebab sebenar mengapa kemalangan itu terjadi masih lagi menjadi tanda tanya. Kali ini, giliran pemilik kedai burger ( Muhammad Nurazri Mohd Arip) pula memberi penjelasan mengenai situasi yang terjadi malam semalam.

Menurut pemilik kedai burger terbabit, Muhammad Nurazri Mohd Arip (22 tahun) berada di rumahnya sehingga lah dia mendengar hentaman kuat dan dia terus bergegas ke gerainya.

"Saya tidak membawa sebarang senjata termasuk pedang samurai dan kayu ketika mengejar suspek.Kejadian itu menyebabkan ibu saya tersepit dan saya menyuruh pemandu bas terbabit turun dari kenderaannya dan berunding secara baik namun berlaku sebaliknya."

"Dia menurunkan kesemua penumpang di pondok bas hadapan dan melarikan diri. Dia turut menghulurkan isyarat tangan agar mengejarnya seperti seakan-akan mengajak untuk berlumba."

"Saya dan tiga orang lagi rakan sehelai sepinggang mengejar pemandu bas, saya tidak membawa sebarang senjata seperti yang dilaporkan di media sosial kecuali telefon bimbit."

Semalam tersebar sebuah video di Facebook dimana dia menunjukkan seorang penunggang motosikal mengejar sebuah bas. Menurut Nurazri lagi, bila pemandu bas berkenaan memberhentikan kenderaannya di sisi jalan, orang ramai menangkapnya termasuk memukul suspek.

"Saya tidak sempat berbuat apa-apa kerana apabila sudah sampai di tempat kejadian orang awam sudah pukul dia memandangkaan cubaan dia melarikan diri."

Nurazri juga menafikan dakwaan hampir kesemua penduduk flat kediamannya turun untuk mengejar pemandu bas tersebut.

"Saya berempat termasuk saya sahaja yang mengejar pemandu berkenaan, tidaklah sampai semua penduduk."

 

Sumber : Utusan Online.

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE


No comments

Powered by Blogger.
a