Header Ads

Bayi Koma Dalam Jagaan Pengasuh- Ini Nasihat Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita !



27 Ogos: Nampaknya isu berkaitan dengan penderaaan bayi masih berpanjangan. Beberapa hari lepas seorang bayi lelaki berusia empat bulan Muhammad Ummar Zayyan Mohamad Haikal Hafiz koma ketika dalam jagaan pengasuh.

Menurut Ketua Polis Seremban, mereka sedang merakam keterangan jiran-jiran jikalau pernah mendengar bayi menangis dan sebagainya. 

Setakat ini kita telah rakam keterangan ibu bapa bayi berkenaan manakala pengasuh terbabit masih lagi ditahan reman.

Kita juga ingin tahu sama ada jiran-jiran sebelum ini ada terdengar tangisan bayi berkenaan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Seremban, hari ini.

Sebelum ini pihak polis telah menahan reman pengasuh tersebut selama 7 hari bagi membantu siasatan. 

Dan Muhammad Ummar Zayyan masih lagi ditahan di Pusat Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tuanku Jaafar (HTJ)

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon ketika melakukan lawatan ke Hospital Tuanku Jaafar berkata pengasuh tersebut tidak mempunyai latihan dan tidak ditauliah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA.

"Setiap pengasuh mesti menerima latihan daripada PERMATA sebelum didaftarkan bersama JKM. Ini masalah utama, bagi menangani masalah ini saya syorkan senarai pengasuh yang berdaftar dengan JKM dihebahkan.

"Kepada ibu bapa yang ingin mengupah pengasuh, jangan mengambil pengasuh yang tidak mempunyai latihan walaupun murah," katanya.

Tan berkata pihaknya akan mencadangkan kepada kementerian berkaitan selain daripada latihan PERMATA, pengasuh juga harus melalui beberapa saringan seperti ujian psikologi dan rekod jenayah terlebih dahulu bagi mengelak perkara seperti ini berlaku.- Malaysiakini

JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKISHARE UNTUK VIDEO MENARIK !!

No comments

Powered by Blogger.
a