Header Ads

Palsu! Berita Terpaksa Dibatalkan, Sri Pentas TV3 Terima Panggilan Ancaman Bom Dari Imam Mahadi


Kecoh apabila suasana di Sri Pentas tiba-tiba bertukar kecoh apabila malam semalam syarikat penyiaran itu digemparkan dengan berita ancaman bom yang terdapat di dalam bangunan itu. 

Program dan siaran secara langsung terpaksa dihentikan serta-merta bagi mengarahkan semua staf yang masih bertugas ketika itu untuk keluar.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata pihak polis menerima panggilan dari seorang lelaki yang mendakwa terdapat bom dalam bangunan itu. Ini adalah laporan pihak polis dan cerita dari saksi ditempat kejadian.



"Selepas kakitangan dipindahkan ke tempat selamat, pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan di keseluruhan kawasan bangunan."

"Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui dan selepas keadaan disahkan selamat, semua kakitangan dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan kira-kira jam 1.30 pagi."



Namun,pihak polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan individu yang membuat panggilan palsu terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.



 JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a