Header Ads

Buat Gimik Gara-Gara Takut Lagu Sendu, Satu Malaysia Kena 'Kencing' Dengan Tiga Penyanyi Ini.


Bukan sekali, bukan dua kali, tapi tiga kali rakyat Malaysia kena ‘kencing’ dengan artis BBNU ni. Hanya kerana ingin mengeluarkan single terbaru, mereka sanggup melakukan gimik sebagai taktik untuk meraih publisiti.

Tidak dinafikan ada yang berjaya seperti Nabila Razali, tapi ada juga yang tidak memahami sensitiviti orang lain seperti Haqiem Rusli. Baru-baru ni sekali lagi rakyat Malaysia tertipu dengan penyanyi Daiyan Trisha.

Jadi, jom kita tengok sikit antara drama ‘murahan’ yang dicipta sehingga menarik perhatian seluruh peminat industri tanah air terhadap mereka.

1) Nabila Razali – Pematah Hati

Hubungan Nabila Razali kelihatan mula rapat dengan pelakon Aedy Ashraf dan mendapat perhatian ramai apabila mereka memuat naik gambar memakai baju sedondon di Instagram.

Tidak lama kemudian, Nabila juga ada mula memuat naik gambar-gambar romantis mereka di Instagram masing-masing.



Akan tetapi pada penghujung tahun lepas lalu, Nabila memuat naik video dalam keadaan menangis dan membuatkan orang tertanya-tanya. Video itu terkenal dengan ayat:

"Lelaki memang tak pernah puas, kan?

Tapi rupa-rupanya, semua ni hanya gimik untuk single terbarunya, Pematah Hati. Cehh! Habis satu Malaysia berasa tertipu.




2) Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang.



Pada bulan Jun 2018, penyanyi yang bersuara merdu Haqiem Rusli mengumumkan bahawa dia ingin berhenti menyanyi. Katanya depresi sejak awal tahun ni. Tiba-tiba tak jadi nak berhenti pula.

Bukan itu sahaja, malah Haqiem juga membuatkan beberapa selebriti lain berang dengan tindakannya yang mempergunakan mereka ketika dalam satu segmen di Hot FM.

Tup-tup keluar dengan lagu terbaru terus klip video jadi trending. Ishhh! Semua orang punya la prihatin kat awak, rupa-rupanya.



3) Daiyan Trisha – Langit



Ini lagi sorang. Ceritanya macam ni, baru-baru ni Daiyan ada muat naik gambarnya dengan memakai baju pengantin. Memang nampak cantiklah! Jadi bila ditanya dia nak kahwin ke? Cuba teka dia jawab apa? Dia jawab YA. Siap masuk surat khabar lagi tu.

Dan lepas tu kalau mengaku bersalah, tak apa lah jugak. Ini tidak, seakan-akan tidak bersalah bila dah tipu peminat.

Walaupun cantik dan manis, tapi ramai juga yang berasa bengang lepas insiden tu dengan meluahkan rasa tidak puas hati di ruangan Instagram miliknya.




Kepada artis lain
Kepada artis kat luar sana, janganlah buat gimik macam ni. Nak keluarkan lagu baru, keluar jelah. Kalau sedap, orang akan bagi respon positif juga. Ke takut tak laku?

Tak payah guna taktik macam ni. Tengok artis-artis lain, okay je kan? So ambil pengajaran dan janganlah menipu orang ramai.


JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a