Header Ads

"Fazura Dah Pakai Dulu Baju Ni,Neelofa Pakai Bundle La" - Isu Baju Sama Buat Netizen Kondem Neelofa?


Semalam kecoh dengan isu Neelofa memakai busana rekaan Innaired seperti yang diidamkan oleh Fazura ketika ia diperagakan di KLFW 2018 baru-baru ini.

Sebelum ini Fazura menerusi Insta Stories memberitahu betapa beliau mengagumi busana tersebut selain menyatakan hasrat untuk memilikinya. Tiba-tiba Neelofa turut memakai baju yang sama ketika mengacarakan rancangan MeleTOP semalam.

Perkara itu menjadi perbualan hangat di media sosial dan ramai  juga mengatakan ia bukanlah satu kebetulan tetapi Neelofa seakan sengaja pakai baju yang sama kerana ingin meraih perhatian dan ‘mencaras’ Fazura. Betul ke?



Walaubagaimanapun,  Fazura sebenarnya telah pun menggayakan busana itu terlebih dahulu. Siap ada yang memuji Fazura kelihatan lebih memukau daripada Neelofa.





Baju tersebut tidak pernah pun dinyatakan direka khas khusus untuk seorang selebriti sahaja dan mungkin benar ia sekadar kebetulan Fazura dan Neelofa tampil dengan gaya yang sama. Apa-apa pun, mereka berdua tetap nampak anggun dan cantik.




Sumber Berita : Megat Terawis & Instagram Nasru Hadi
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a