Header Ads

Geram! Marah! Tolong La Ketatkan Undang Untuk Buka Taska - Nora Danish Mengamuk Tentang Isu Staf Pukul Anak


Semalam di media sosial telah disajikan dengan rakaman CCTV yang menunjukkan dua orang cikgu wanita dimana salah seorangnya bernama Cikgu Ana dari sebuah tadika PPKK Bijak Bistari sedang memukul kanak-kanak yang dihantar ke taskanya.

Bagaimanapun, video yang telah menarik perhatian netizen itu turut mendapat perhatian pelakon Nora Danish yang terkesan setelah melihat rakaman CCTV tersebut.

Mungkin kerana dirinya itu sendiri merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, insiden seperti itu telah membuatkan beliau sedikit emosional dengan sikap tidak berperikemanusian pekerja di taska tersebut yang memukul kanak-kanak yang tidak bersalah.


Menerusi Instagram Story-nya, Nora telah memuat naik luahan yang terbuku di hatinya. Menurut  pelakon drama Putri itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk melakukan perkara yang serupa pada kedua-dua wanita tersebut terserempak dengan mereka di luar.

Malahan, tidak cukup dengan itu, pelakon berusia 36 tahun ini turut meminta pihak berkuasa menjatuhkan hukuman gantung kepada kedua-dua pengasuh yang mengasari kanak-kanak di pusat jagaan itu.

Tambahan lagi, pihak taska perlu menitik beratkan dalam bab pengambilan pekerja pengasuh untuk diberikan amanah menjaga kanak-kanak kerana ia memerlukan mental yang kuat.



Nora turut mencadangkan sebelum mengupah pengasuh, mereka perlu diberikan khusus dan mengambil ujian untuk menilai tahap kewarasan otak mereka.

Sumber : Nora Danish
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a