Header Ads

'Hampa Bukan Tak Lawa Cuma Hampa Takda Duit' - Instafamous Tampil Beri Luahan Hati....


Bak kata orang, duit bukan la segalanya tapi segalanya perlukan duit apatah lagi pada tahun 2018 ini dengan keadaan ekonomi dan sara kos hidup yang masih tinggi.Bagi kaum wanita, nak beli barang kosmetik dan kecantikan pun kena fikir dua tiga kali. Nak jimat punya pasal.

Tu belum bagi para ibu yang memiliki anak kecil, ada kalanya keinginan untuk tampil bergaya terpaksa dilupakan.Seorang Instafamous, Beby Tora membuat luahan isi hati yang sama baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya.

Tampil dengan solekan berseri seperti bakal pengantin, Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie menyifatkan kecantikan dan wang ringgit sememangnya berpisah tiada.



“Hai hampa. Hampa jangn qendah diri tau kalau oqang kata hampa gemuk, hampa tak elok, hampa hitam, hampa selekeh terok, hampa takda oqang nak.

“Hampa jangan sedih tau nanti hampa qeja, hampa ada duit banyak, hampa cantikkan diri hampa, kuruskan badan hampa, biaq semua oqang yang mengata hampa tu terbeliak tengok hampa.




“Hampa bukan tak lawa cuma hampa takda duit. Nanti bila dah besaq, hampa mesti akan rasa semua nikmat tu tapi kena yakin dengan diri sendiri tau. Tu la lawa sebenaq dalam diqi kita,” tulisnya.

Betul jugak tu! Kena kerja keras dulu, kumpul duit. Baru la belanjakan sedikit wang ringgit untuk kegunaan peribadi.

Sumber : Beby Tora

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a