Header Ads

"hanya akan bagi Lavida Coin... 'you take it or leave it'," - Datuk Seri Vida Beri Dua Pilihan??

Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memberi kata dua kepada juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah berhubung tawaran untuk menukar rantai emas putih bertatah batu permata yang didakwa palsu dengan Lavida Coin.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) menegaskan beliau tidak akan memenuhi permintaan Aishah yang mahukan wang tunai atau barang kemas sama nilai sebagai pertukaran.

"Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000. Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin... 'you take it or leave it'," katanya kepada mStar Online.

Menurut Vida, beliau berhak menolak permintaan penyanyi Janji Manis Mu itu kerana barang kemas tersebut sebenarnya tiada dalam senarai hadiah utama bagi juara GV4.

"Kenapa saya perlu bagi duit pula kat dia? Lagipun rantai itu saya bagi seikhlas hati. Kalau dia tak nak Lavida Coin bermakna dia orang paling rugi atas muka bumi ini," katanya.


Lavida Coin merupakan salah satu bentuk pelaburan mata wang kripto dan token digital yang diperkenalkan usahawan kelahiran Machang, Kelantan itu. Memandangkan kemelut melibatkan mereka berdua semakin berpanjangan, Vida mahu pihak Astro menemukan mereka berdua untuk membersihkan imej beliau.

"Saya nak pihak Astro jumpakan saya dengan Aishah sebab hadiah itu bukan ditawarkan kepada juara seperti yang diuar-uarkan. Saya bagi atas dasar ikhlas dan tiba-tiba dia buat begini pula. Saya mahu nama saya dibersihkan," katanya.

"Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik... dia tak layak dapat nombor satu tapi nombor 10," katanya.


Malah, Vida menegaskan tiada keperluan untuk beliau meminta maaf kepada Aishah kerana beliau tidak menipu.

Pada Sabtu lalu, Aishah mendedahkan mengenai ketulenan barangan kemas tersebut dan meluahkan rasa kecewa apabila pemeriksaan di kedai barang kemas mendapati rantai tersebut bukan asli dan tidak mempunyai nilai.



"Buat apa saya nak minta maaf. Saya tak buat apa-apa salah. Lagipun rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu," katanya.


JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a