Header Ads

'Ibu Redha Sayang Pergi Tinggalkan Ibu' - Sebak! Kehilangan Dua Puteri Akibat Kemalangan,Ini Rintihan Seorang Ibu..


Selepas ‘abah’, ibu pula meluahkan kesedihan susulan nahas jalan raya yang meragut nyawa dua cahaya matanya sekali gus. Kedua-dua anak perempuannya, Nur Nailah Al Farafisha, 2, dan Nur Afina Safiya berusia 11 bulan meninggal dunia pada pagi Jumaat.

“Sebelum kejadian, Afina tengah tidur. Ibu tengah belai rambut kakak Nailah sambil borak dengan Nailah. Nailah duduk kat depan, Nailah suruh ibu duduk belakang dengan adik.

“Masa kejadian ibu nampak kereta kita saja terbabas kemudian ibu dah tak ingat apa-apa. Abah cakap ibu tercampak keluar tepi kereta. Abah sedar masa tu, abah keluar ikut tingkap,” katanya menerusi status pada Ahad yang kini tular.

“Ibu sedar, Afina sebelah kanan ibu. Kakak Nailah dan abah sebelah kiri ibu. Ibu tanya abah... abah cakap Kakak dan Adik tak gerak-gerak. Ibu tak mampu nak gerak sebab paha ibu dan tulang pinggul sebelah kiri ibu patah,” katanya.

Malah dirinya juga tidak dapat menahan air mata dari mengalir setiap kali melihat gambar kedua-dua puteri kesayangannya itu.

“Setiap kali ibu balik kerja petang, Kakak sambut ibu pulang terus keluar pintu pagar dan peluk ibu. Adik pula akan menjerit-jerit minta ibu dukung. Adik akan memberikan senyuman manis sangat pada ibu. Allah... ibu rindu sangat,” ujarnya yang meruntun jiwa selepas kehilangan dua insan tersayang.

“Ibu reda sayang... ibu reda sayang pergi tinggalkan ibu. Damailah Kakak Nailah dan Adik di sana ya. Tunggu abah dan ibu ya sayang. Ibu tak sabar nak jumpa kamu sayang puteri ibu. Ibu reda nak, ibu akan cuba untuk terus kuat menghadapi kehidupan tanpa puteri ibu di sisi,” katanya.


Terdahulu, tular luahan suami Nor Yumni, Mohd Helmiardi Nosaha, 29, di laman sosial yang mendedahkan kedua-dua anaknya lebih banyak menghabiskan masa dengannya sejak akhir-akhir ini, tanpa diduga ia petanda mereka pergi buat selama-lamanya.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam Khamis lalu, Nur Nailah, 2, dan adiknya, Nur Afina yang berusia 11 bulan maut selepas tercampak keluar daripada kereta jenis Honda City dinaiki bersama ibu bapa mereka yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Beserah, berhadapan Petronas Bukit Pelindung di Kuantan.


Dilaporkan, Mohd Helmiardi cedera di bahagian dada manakala isterinya, Nor Yumni, patah kedua-kedua belah kaki dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

Sumber : mStar Online.

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a