Header Ads

Isteri Curang Menderita Sebab Suami Ungkit Kisah Silam Sehinggakan dia TERPAKSA ….


Sekarang ni kan zaman segalanya moden, termasuk lah pemikiran orang sekarang pun.. Sama-sama mengikut perkembangan semasa, betul tak??

Itu pasal kalau ada masalah rumah tangga sekali pun akan diceritakan segalanya di laman sosial, kononnya untuk meluahkan masalah yang terpendam..

Lagi pun, ada satu laman sosial Facebook yang popular di kalangan suami isteri untuk dijadikan ‘tempat’ untuk mengadu segala masalah yang di hadapi..

Di situ lah korang boleh baca macam-macam masalah pasangan suami isteri.. Ada yang luar biasa dan tak kurang jugak masalah merepek dan memalukan pun ada..

Kali ni Miss nak cerita lah sikit pasal seorang isteri yang dibayangi dosa silamnya.. Al-kisahnya macam ni, wanita ni merupakan isteri kedua.. Biasalah bila hidup bermadu, suami akan kejap ada bersama dan kejap tidak.. Betul tak?? Itu lumrah lah dalam kehidupan bermadu..

So, masalah wanita ni dek kerana awal perkahwinannya si suami jarang ada di rumah hingga menyebabkan dia berlaku curang bersama lelaki lain..

Kononnya berasa sunyi lah.. Tapi menjadi lebih teruk lagi tu bila dia terlanjur sehingga melahirkan anak luar nikah bersama kekasih gelapnya..

Bayangkan perasaan korang bila dapat tahu pasangan korang curang, mesti akan mengamuk dan sukar terima kenyataan kan?? Lebih menyirap darah bila pasangan siap ada anak bersama kekasih gelap..

Tapi suami wanita tu pada mulanya dikatakan dapat menerima wanita tu dan anak luar nikah yang dilahirkan tu dengan baik..

Wanita tu pun mula lah menyesal dengan perbuatan terkutuk yang dilakukannya dan mula berubah..

Tapi dalam masa tiga tahu perkahwinannya, dia mengatakan dia tak pernah rasa bahagia kerana si suami asyik marah-marah hingga mengungkit kisah silamnya dulu sebagai bahan untuk mencari kesalahannya..

Dia pun rasa tertekan hingga memikirkan cerai jer bila hari-hari kena macam tu dengan suaminya walaupun dia cuba buat baik tetap tak dihargai.. Korang baca jer lah kisah wanita tu sepenuhnya di atas tu, Miss baca pada mulanya pun rasa geram..

Kalau dia nak cakap pasal dia tak tahan dengan suaminya, ada tak dia fikir perasaan suaminya ketika si suami mendapat tahu perbuatan terkutuknya tu?? Ada tak dia fikir?? Mesti perasaan suaminya lebih remuk dan sakit hati tapi tetap terima jugak dia dan anaknya..

Miss nak cakap satu jer lah, itu mungkin balasan Tuhan didunia kerana perbuatan diri dulu..

Yela, bukan senang si suami nak maafkan kalau isteri curang sampai melahirkan anak lelaki lain.. Kalau dia ditempat suaminya pun, Miss rasa dia pun akan melakukan hal yang sama.. Akan mengungkit hal yang sama sampai mati!

Bukannya senang nak pulihkan hubungan setelah apa yang jadi.. Banyak-banyak lah bersabar dan berdoa..

Kalau merasakan hubungan tu dah tak boleh pergi jauh, berbincang lah dengan pasangan baik-baik dan cari jalan penyelesaian.. Tak payah nak buka aib diri dan suami lagi di laman sosial.. Tak dapat menyelesaikan masalah pun!

Sumber: MissHana/Utaranews

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE


No comments

Powered by Blogger.
a