Header Ads

Isu Telekung Tiruan, Netizen Kecam Teruk Vivy Yusof Gara-Gara Pertikaikan Solat Mereka Tidak Sah?


Terbaru, seorang pengguna twitter yang menggunakan nama @vxnssx telah memuat naik sekeping gambar daripada Insta Story usahawan terkenal, Vivy Yusoff kerana mempertikaikan tahap keimanan seseorang dengan mengerjakan memakai telekung tiruan jenama miliknya, dUCk.

Dalam dunia perniagaan, penjualan barang tiruan adalah diluar kawalan kerana sering dibeli oleh golongan kurang berkemampuan untuk membeli barang asli yang harganya melambung tinggi.

Rata-rata tidak menyangka wanita berpengetahuan seperti Vivy boleh mengeluarkan kenyataan dengan mengaitkan perihal solat dan jenama telekung tiruan.


Berikutan itu, wanita berusia 30 tahun berkenaan telah memuat naik beberapa keping gambar di Insta Story berkenaan dengan komen yang diterima daripada pengikutnya melalui Direct Message (DM).

Selain itu, mereka juga turut mengatakan harga jenama dUCk tidak mampu dimiliki untuk orang ‘biasa’ membelinya.


Namun, Vivy menegaskan bahawa dia tidak mengatakan orang ramai perlu membeli telekung yang mahal untuk beribadah sebaliknya boleh membeli telekung yang biasa di kedai selain berjenama dUCk tiruan.


Tidak cukup dengan itu, pengguna laman media sosial di Twitter turut mengecam kenyataan Vivy dengan mengatakan harga mahal tahap yahudi malah ada juga mengatakan solat bukannya tidak sah sekiranya memakai telekung berjenama tiruan.


Namun, masih ada segelintir yang menyokong Vivy dengan mengatakan tidak perlu membeli jenama dUCk tiruan sekiranya terus mengkritik jenama tersebut mahal dan tak berpatutan.


Sumber : Vivy Yusof.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a