Header Ads

"Bandar Berkembar Antara Johor dan Mongolia"- Akan Dibina Atas Ilham Baginda Sultan Ibrahim



JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

29 Ogos: Pada hari ini Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan bahawa baginda mengilhamkan kerja sama "Bandar Berkembar" antara Mongolia dan Johor.

Perkara ini selepas dua hari lalu dalam kemaskini instagram Sultan Ibrahim, baginda berangkat pergi ke Mongolia atas sebab lawatan peribadi.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah, lawatan pertama Baginda ke negara itu bukan sahaja akan meningkatkan hubungan dua hala antara Johor dan Mongolia, malah turut meneroka peluang pelaburan.

Lawatan Tuanku Sultan Johor ke Mongolia adalah atas jemputan peribadi Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga yang disampaikan oleh Duta Mongolia ke Singapura, George Lkhagvadorj Tumur pada Jun lalu.

Tuanku berkata salah sebuah bandar atau daerah di Johor yang berkongsi persamaan dengan Mongolia boleh dipertimbangkan untuk dijadikan bandar kembar.

"Lawatan saya ke Mongolia cukup bermakna. Yakinlah, saya akan membuat lebih banyak lawatan ke sini (Mongolia)"titah baginda

Pada hari terakhir lawatan hari ini, Baginda turut berkenan meluangkan masa melawat patung memorial Genghis Khan yang juga patung berkuda terbesar di dunia

Kompleks monumen itu adalah antara destinasi tarikan pelancong utama yang terletak di tepi Sungai Tuul dalam Wilayah Tuv, kira-kira 54 kilometer dari ibu kota Mongolia yang menempatkan patung Genghis Khan berstruktur besi setinggi 40 meter - Instagram: officialsultanibrahim

No comments

Powered by Blogger.
a