Header Ads

'Kakak Sentiasa Jadi Kebanggaan Kami' - Shila Amzah Bolot Dua Trofi DI China.


Nama Shila Amzah tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Pemenang Asian Wave ini turut aktif berkarya di tanah besar China dengan menghasilkan lagu berbahasa Mandarin. Sebelum ini nama Shila Amzah berjaya tersenarai dalam kategori celebrities, Forbes 30 under 30 Asia 2018.

Penyanyi ini sekali lagi membanggakan Malaysia apabila berjaya merangkul 2 anugerah di Zhengzhou, China semalam.

Seperti yang diketahui ramai, penyanyi Shila Amzah telah melebarkan bakatnya ke peringkat antarabangsa terutama di negara China sehingga setiap video yang dimuat naik melalui akaun Youtube miliknya akan menjadi perhatian rakyat negara tersebut.




Namun, baru-baru ini penyanyi lagu Patah Seribu itu sekali lagi menjadi bualan peminat kerana telah mengharumkan nama Malaysia apabila tercalon dalam satu anugerah di negara yang sinonim dengan Tembok Besar China itu.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 28 tahun itu telah berkongsi gambar selepas selesai anugerah yang berlangsung di Zhengzhou pada malam semalam dan kelihatan beliau berjaya membolot sebanyak dua buah trofi.


Menerusi posting pada Insta Story miliknya, beliau menjawab soalan daripada pengkutnya mengenai kategori yang dimenangi iaitu Most popular South East Asian Artiste dan juga Hottest International Artiste.



Rata-rata peminatnya telah menghujani ruangan komen dengan mengucapkan tahniah atas kejayaan yang membanggakan nama negara itu.


Malah ada juga yang memberikan ucapan yang berunsurkan emosi dengan mengatakan walaupun ramai rakyat Malaysia seakan-akan tidak menghargai perjuangannya namun biarlah peminat setianya sahaja yang mengetahui.

Sumber : Shila Amzah
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a