Header Ads

(VIDEO) Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al-Jufferi- Syed Syaddiq



Walaupun tewas di perlawanan akhir Mohd Al Jufferi disanjung oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman.

Beliau mengatakan dalam tweetnya bahawa Al Jufferi telah menang di seluruh mata dan hati rakyat.

"Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al-Jufferi"

Tweet ini telah dimuat naik dan disertakan dengan sebuah video selepas Al Jufferi memohon maaf kepada Syed Saddiq atas kekalahannya itu.

Namun, Syed Saddiq berkata bahawa  Al Jufferi tidak perlu memohon maaf kerana beliau berdiri teguh bersama pesilat itu yang dianggap perwira negara.

Perlawanan pencat silat final kelas E yang berlangsung petang tadi, Al Jufferi, membuat keputusan untuk menarik diri di pertengahan aksi berdepan wakil tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, berikutan rasa tidak puas hati dengan barisan juri yang didakwa berat sebelah.

Barisan lima juri dikatakan lebih banyak memberikan mata kepada wakil tuan rumah itu, tatkala banyak serangan yang dibuat Al Jufferi dalam final kelas E petang tadi.
Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, Al Jufferi berasa tidak puas hati dengan juri dua dan tiga kerana tidak mengadili perlawanan dengan baik.

"Ya, saya menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan juri dua dan tiga kerana tidak mengadili perlawanan saya dengan baik bersama Komang Harik. Jadi, saya tidak boleh terima mutu pengadilan.

"Saya tidak menyalahkan Komang kerana dia adalah pesilat biasa seperti saya dan ingin mendapatkan emas, jadi dia tidak salah," kata Al Jufferi.

Al Jufferi juga menyatakan, pesilat Indonesia lain dan penyokong-penyokong tuan rumah tidak bukan masalah buatnya lantaran mereka hanya menjalankan tugas.

Jaguh negara itu menegaskan: "Yang salah hanyalah juri."

"Saya tidak berasa marah dengan mereka dan Komang Harik, sebaliknya marah dengan juri. Saya menarik diri kerana rasa tidak dihormati selaku seorang pesilat yang sering membawa cabaran Malaysia.

"Peluang untuk acara ini dibawa ke Sukan Asia atau Sukan Olimpik selepas ini akan terjejas kerana daripada segi pengadilan. Terus-terang, jika perkara ini berterusan, tak akan ada sukan silat.

"Saya berpuas hati dengan persembahan yang saya pamerkan, berbanding tiga saat yang dipermainkan," tambahnya.

JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a