Header Ads

'kan dah kena' - Budak Usia Tiga Tahun Terperangkap dalam Mesin Basuh


Seorang kanak-kanak di Sandakan terperangkap di dalam sebuah mesin basuh selepas dia memanjat mesin tersebut pagi Isnin.

Kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikenali sebagai Mohd Azam Razlan dikatakan bermain seorang diri dalam insiden pukul 10.30 pagi di rumahnya di projek perumahan rakyat dekat Batu 12, Sungai Manila.

Difahamkan Mohd Azam mula menangis apabila salah satu kakinya terperangkap di dalam bahagian pengering.

Ibu mangsa yang terdengar tangisan anaknya itu bergegas membantu mengeluarkan kakinya tetapi gagal.


Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khatizah Rahaban berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.43 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba terpaksa membuka bahagian pengering mesin basuh itu untuk mengeluarkan kaki mangsa," katanya.


Khatizah berkata kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan hanya mengalami lembam di kakinya. Operasi mengeluarkan kanak-kanak itu selesai kira-kira pukul 11 pagi.

Sumber : mStar Online.

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a