Header Ads

"Kenyataan Yang Tidak Benar, Jangan Buat Gimik Kerana Ingin Promosikan Filem" - Hairul Kena Sound Dengan Komander ESSCOM

Hairul Azreen menerusi Berita Harian semalam menceritakan detik cemas nyaris diculik ketika penggambaran filem Paskal, di Semporna, Sabah, pada pertengahan tahun ini.

Ketika kejadian, Hairul mendakwa dia bersama rakan lakonnya Ammar Alfian berada di pelantar minyak untuk melangsaikan beberapa babak.

Kenyataan Hairul itu kemudiannya mendapat perhatian Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang kurang berpuas hati dengan laporan berkenaan.

"Saya percaya tidak ada cubaan melakukan culik kepada mereka. Kenyataan itu mengundang persepsi negatif orang awam terhadap tahap keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)."

"Kenyataan pelakon ini juga amat mengelirukan walaupun ia mungkin hanya gimik promosi filem dan janganlah menggunakan kenyataan ini hanya untuk publisiti murahan bagi menarik minat penonton yang dijangka ditayangkan September depan."



"Setakat ini rekod menunjukkan tidak ada sebarang kejadian cubaan culik atau penculikan berlaku sepanjang 2017 dan 2018 (di pantai timur Sabah)."

Hazani juga turut menyuarakan orang ramai perlu lebih berwaspada memberi kenyataan apatah lagi membabitkan keselamatan negara kerana mereka mungkin boleh dikenakan tindakan.


"Tindakan undang-undang boleh diambil atas sebab menimbulkan kenyatan tidak benar serta mendatangkan kegusaran masyarakat dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali di kawasan ESSZONE."

"Oleh itu, saya meminta pelakon itu supaya tampil membuat laporan polis supaya pihak ESSCOM dapat mengambil tindakan sewajarnya."

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on



 JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a