Header Ads

Kerajaan Batalkan Saman AES RM435 Juta Dari Tahun 2012 - Anthony Loke Siew Fook



Berita baik kepada semua yang pernah kena saman dengan sistem penguatkuasaan automatik (AES) sejak 2012 anda tidak perlu membayar saman tersebut.

Ini selepas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengatakan bahawa mereka membatalkan saman AES yang bernilai RM435juta itu.

Menurutnya, kerajaan juga memutuskan AES akan diambil alih oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, mulai 1 September ini.

Ini setelah kerajaan putuskan untuk tidak sambung kontrak dengan dua syarikat konsesi AES" katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurut Loke, kerajaan akan membayar balik secara berperingkat RM555 juta daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang digunakan kerajaan terdahulu bagi membayar pengambilalihan dua syarikat konsesi AES.

Pada 12 Jun lalu, Loke berkata, kerajaan mengkaji semula AES yang mana keputusannya akan dimaklumkan dalam tempoh sebulan atau dua bulan.

No comments

Powered by Blogger.
a