Header Ads

Lelaki Ini Bongkar Kisah Padahnya Berkahwin Dengan Perempuan Instafamous Dan Suka Makeup

Aku sudah tiga tahun berkahwin. Aku rasa mahu menceraikan isteri aku. Dia cantik dan bergaya. Semasa berkahwin, aku buta semua perkara aku bagi pada dia. Dia buat salah dan masih berhubungan dengan lelaki lain pun aku masih maafkan dia.

Tetapi bila aku buat salah, dia cari pasal apa, sebab dia cantik, aku terima dia. Semasa ber-couple, aku bawa dia pergi makan tempat mewah-mewah dan dia suka upload gambar makanan. Aku sabar menunggu biarpun aku tengah lapar. Aku belikan dia barang mahal2 biarpun aku bukan berduit tapi aku kuat bekerja demi dia. Semasa kami nak berkahwin dia meminta hantaran yang mewah2 lepas tu snap gambar tunjuk kat insta dia.


Isteri aku ini suka menunjuk-nunjukkan kemewahan dan macam-macam perkara dalam Instagram. Ustaz aku kata itu semua riak tetapi demi dia bahagia, aku biarkan malahan tak sangka semakin hari semakin parah semua perkara sweet dan barang yang mahal-mahal semua dia mahu snap dan pos di Insta dia. Dia suruh aku beli Gucci, Sephora, Luois Vuiton semata-mata mahu snap gambar dan post di Instagram.

Aku malu dengan kak ipar dan abang ipar aku kerana mereka memandang isteri aku cantik tetapi terlalu obses dengan media sosial. Kakak aku pernah menegur aku dan menyuruh aku supaya menasihatinya.


Tetapi, bila aku nasihatkan dia, isteri aku ‘meletup’. Marah dan tengking aku sebagai suami. Ya Allah, dia buat pelbagai drama. Kami berpindah dan menyewa rumah, dia suka berhias rumah dengan sofa yang mahal, aku penat kerana tidak sampai hujung bulan aku terpaksa keluarkan duit simpanan kecemasan dan aku terpaksa meminjam duit dengan kakak dan abang aku.


Dia suka beli barang-barang dan mekap mahal dan kemudian post dalam Insta. Dalam bilik itu, bertimbun dengan barang sekali pakai sudah tidak pakai, begitu juga baju dan tudung. Sekali pakai dah tak pakai dan biarkan. Dia berikan alasan seperti jijikla, orang sekarang sudah tidak pakai baju banyak kali ataupun tidak trend langsung.

Alhamdulillah, dia hamil tetapi dia menjadi semakin obses dengan post barang-barang mewah dan menyuruh aku beli katil bayi, baju bayi mahal, hias bilik bayi tapi selepas dia lahirkan anak kami, dia langsung tidak guna bilik itu.


Pada awal perkahwinan dulu, dia yang masak, sekarang dia sudah menjadi pemalas dan suka bangun lewat, alasanyan kena jaga anak. Kawan aku yang ada 3 orang anak, isterinya masih lagi boleh memasak dan panggil kawan-kawan makan di rumah.

Tetapi isteri aku ini tidak pandai beli barang kat pasar melainkan dari Tesco. Mak mentua aku kata barang Tesco mahal baik beli pasar murah dan selamat, aku bagi nasihat macam itu dia bergaduh dengan aku.


Ya Allah, dia terpengaruh dengan kehidupan instafamous yang kaya raya. Sebelum berkahwin isteri saya ini adalah seorang yang biasa. Tetapi selepas berkahwin aku baru tahu dari kawan aku yang sebelum ini ex dia putus bukan sebab tidak sayang tetapi tidak tahan dengan perangai dia yang panas baran itu dan citarasa dia yang tinggi melangit.


Kakak dia seorang yang biasa sederhana beri hadiah jenama Pureen untuk anak aku. Tetapi isteri tidak guna dan berkata “siapa pakai jenama Pureen, jenama murah”.

Ya Allah sakit hati bila aku mendengar, kakak dia seorang bersederhana dan sangat baik. Ketika kami bercinta kakak dia yang banyak membantu tetapi dia selalu burukkan kakak dia sampai sekarang berkata kakaknya itu kolot dan tidak pandai bergaya.


Sekarang aku penat dengan dia adalah suka beli baju mahal-mahal. Bila tiba hari raya, dia tempah baju 5 pasang yang berharga beratus-ratus ringgit seperti yang DUCKscarves, Zalora, Jannah, Shawl Publika. Tetapi masalah sekarang aku penat bekerja dan layan dia beli barang hari-hari. Bangun lewat pukul 12 tengahari.

Sumber : Kisah Rumah Tangga.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a