Header Ads

"Munafik 2 Menjanjikan Sesuatu Yang Berbeza" - Syamsul Yusof


JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE




Syamsul Yusof mengatakan bahawa dia sangat happy sekiranya orang lain puas hati dengan karyanya. Katanya dia sebagai film maker ingin menghasilkan kualiti bukan sekadar mendapatkan kutipan yang banyak.

Apabila ditanya adalah dia tergugat dengan persaingan dari filem Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah 2 yang berunsur komedi.

Syamsul mengatakan audience bijak dalam menilai. Peminat pefileman tidak hanya mengikut trend kalau lawak, maka cerita lawak sahaja yang mereka tengok. Katanya lagi Hantu Kak Limah pun hit bukan dalam musim filem komedi.

“Semasa Hantu Kak Limah ditayangkan, sudah lama filem komedi tidak mendapat kutipan sebegitu,”

Maka beliau begitu yakin Munafik 2 mampu untuk menarik minat peminat perfileman untuk menonton munafik 2 kerana mempunyai kelainannya tersendiri.

Apabila wartawan mstar bertanya kepada syamsul adakah dia mampu untuk mendapatkan kutipan yang lebih tinggi daripada munafik 1 yang berjaya mengutip RM16 juta.

Syamsul berkata, soal kutipan saya letak belakang. Saya teringat kepada kata ayah soal kutipan serahkan kepada Allah yang penting saya bagikan satu filem yang berkualiti.

Saya tidak boleh tidur sekiranya filem saya tu tidak berkualiti tapi dapat kutipan yang tinggi. Tapi kalau filem saya tu berkualiti dan orang sukakannya maka saya akan turut happy walaupun kutipan tidak tinggi- katanya.

No comments

Powered by Blogger.
a