Header Ads

“Nak songlap duit RM1,500 adalah sangat mustahil, tak boleh beli kereta kancil pun” - Ini Respon Aliff Aziz


PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz meminta orang ramai tidak membuat andaian berkaitan isu songlap duit yang didedahkan seorang individu melibatkan dirinya pada Isnin.

Aliff berkata, terdapat salah faham dalam isu berkenaan dan beliau akan menjelaskan perkara itu dalam masa terdekat.

“Tidak perlu menjatuhkan hukum jika tidak mengetahui cerita kedua-dua belah pihak.

“Saya harap anda gembira dengan populariti anda yang sedang viral sekarang kerana ia tak akan lama,” ujarnya di laman sosial Instagram.


Sebelum ini, seorang ahli perniagaan mendedahkan bahawa dia ditipu penyanyi lagu Sayang Sayang ini selepas memberi pinjaman sejumlah wang.

Penyanyi itu didakwa tidak mahu memulangkan wang selepas diminta berbuat demikian, malahan enggan memuat naik posting berkaitan produk seperti yang dijanjikan.


Dalam pada itu, Aliff berkata, adalah mustahil bagi dirinya untuk mencuri wang sejumlah RM1,500 itu.

“Nak songlap duit RM1,500 adalah sangat mustahil, tak boleh beli kereta kancil pun,” ujarnya.

Sumber : mStar Online.


JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a